quranmBuka dalam pembaca Al-Quran

Surah Al-Humazah الهمزة

Nombor
104
Diturunkan
Makkiyyah
Bilangan ayat
9
Terjemahan
Abdullah Muhammad Basmeih

Buka dalam pembaca Al-Quran

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

104:1

وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ ﴿١﴾

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

104:2

ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ ﴿٢﴾

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

104:3

يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ ﴿٣﴾

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

104:4

كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ ﴿٤﴾

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

104:5

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ ﴿٥﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

104:6

نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ ﴿٦﴾

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

104:7

ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ ﴿٧﴾

Yang naik menjulang ke hati;

104:8

إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٞ ﴿٨﴾

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

104:9

فِي عَمَدٖ مُّمَدَّدَةِۭ ﴿٩﴾

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.