إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ﴿1﴾إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ
Transliteration: Itha waqaAAati alwaqiAAatu
Translation: Apabila berlaku hari kiamat itu,
Buka dalam pembaca Al-Quran Baca surah penuh
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ﴿1﴾إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ
Transliteration: Itha waqaAAati alwaqiAAatu
Translation: Apabila berlaku hari kiamat itu,
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ﴿2﴾لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Transliteration: Laysa liwaqAAatiha kathibatun
Translation: Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ ﴿3﴾خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ
Transliteration: Khafidatun rafiAAatun
Translation: Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا ﴿4﴾إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا
Transliteration: Itha rujjati alardu rajjan
Translation: (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا ﴿5﴾وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا
Transliteration: Wabussati aljibalu bassan
Translation: Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا ﴿6﴾فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا
Transliteration: Fakanat habaan munbaththan
Translation: Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ ﴿7﴾وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ
Transliteration: Wakuntum azwajan thalathatan
Translation: Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ﴿8﴾فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
Transliteration: Faashabu almaymanati ma ashabu almaymanati
Translation: Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ﴿9﴾وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ
Transliteration: Waashabu almashamati ma ashabu almashamati
Translation: Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ ﴿10﴾وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ
Transliteration: Waalssabiqoona alssabiqoona
Translation: Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ﴿11﴾أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ
Transliteration: Olaika almuqarraboona
Translation: Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿12﴾فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Transliteration: Fee jannati alnnaAAeemi
Translation: (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿13﴾ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Transliteration: Thullatun mina alawwaleena
Translation: (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿14﴾وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Waqaleelun mina alakhireena
Translation: Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ ﴿15﴾عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ
Transliteration: AAala sururin mawdoonatin
Translation: (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ ﴿16﴾مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ
Transliteration: Muttakieena AAalayha mutaqabileena
Translation: Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ ﴿17﴾يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ
Transliteration: Yatoofu AAalayhim wildanun mukhalladoona
Translation: Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ ﴿18﴾بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ
Transliteration: Biakwabin waabareeqa wakasin min maAAeenin
Translation: Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿19﴾لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Transliteration: La yusaddaAAoona AAanha wala yunzifoona
Translation: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿20﴾وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Transliteration: Wafakihatin mimma yatakhayyaroona
Translation: Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ﴿21﴾وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ
Transliteration: Walahmi tayrin mimma yashtahoona
Translation: Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
وَحُورٌ عِينٞ ﴿22﴾وَحُورٌ عِينٞ
Transliteration: Wahoorun AAeenun
Translation: Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ﴿23﴾كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ
Transliteration: Kaamthali allului almaknooni
Translation: Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ﴿24﴾جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Transliteration: Jazaan bima kanoo yaAAmaloona
Translation: (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا ﴿25﴾لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا
Transliteration: La yasmaAAoona feeha laghwan wala tatheeman
Translation: Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا ﴿26﴾إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا
Transliteration: Illa qeelan salaman salaman
Translation: Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ ﴿27﴾وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Waashabu alyameeni ma ashabu alyameeni
Translation: Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ ﴿28﴾فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ
Transliteration: Fee sidrin makhdoodin
Translation: Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ ﴿29﴾وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
Transliteration: Watalhin mandoodin
Translation: Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ ﴿30﴾وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ
Transliteration: Wathillin mamdoodin
Translation: Dan naungan yang tetap terbentang,
وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ ﴿31﴾وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ
Transliteration: Wamain maskoobin
Translation: Dan air yang sentiasa mengalir,
وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ ﴿32﴾وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ
Transliteration: Wafakihatin katheeratin
Translation: Serta buah-buahan yang banyak,
لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ ﴿33﴾لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ
Transliteration: La maqtooAAatin wala mamnooAAatin
Translation: Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ ﴿34﴾وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ
Transliteration: Wafurushin marfooAAatin
Translation: Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ ﴿35﴾إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ
Transliteration: Inna anshanahunna inshaan
Translation: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا ﴿36﴾فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا
Transliteration: FajaAAalnahunna abkaran
Translation: Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
عُرُبًا أَتۡرَابٗا ﴿37﴾عُرُبًا أَتۡرَابٗا
Transliteration: AAuruban atraban
Translation: Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿38﴾لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Liashabi alyameeni
Translation: (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿39﴾ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Transliteration: Thullatun mina alawwaleena
Translation: Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿40﴾وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Wathullatun mina alakhireena
Translation: Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ﴿41﴾وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ
Transliteration: Waashabu alshshimali ma ashabu alshshimali
Translation: Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ ﴿42﴾فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ
Transliteration: Fee samoomin wahameemin
Translation: Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ ﴿43﴾وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ
Transliteration: Wathillin min yahmoomin
Translation: Serta naungan dari asap hitam,
لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ ﴿44﴾لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ
Transliteration: La baridin wala kareemin
Translation: Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ﴿45﴾إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ
Transliteration: Innahum kanoo qabla thalika mutrafeena
Translation: Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿46﴾وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ
Transliteration: Wakanoo yusirroona AAala alhinthi alAAatheemi
Translation: Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ﴿47﴾وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ
Transliteration: Wakanoo yaqooloona aitha mitna wakunna turaban waAAithaman ainna lamabAAoothoona
Translation: Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿48﴾أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ
Transliteration: Awa abaona alawwaloona
Translation: "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ ﴿49﴾قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Qul inna alawwaleena waalakhireena
Translation: Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ ﴿50﴾لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ
Transliteration: LamajmooAAoona ila meeqati yawmin maAAloomin
Translation: "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ﴿51﴾ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ
Transliteration: Thumma innakum ayyuha alddalloona almukaththiboona
Translation: "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ ﴿52﴾لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ
Transliteration: Laakiloona min shajarin min zaqqoomin
Translation: Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ﴿53﴾فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ
Transliteration: Famalioona minha albutoona
Translation: "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ﴿54﴾فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ
Transliteration: Fashariboona AAalayhi mina alhameemi
Translation: "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ﴿55﴾فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ
Transliteration: Fashariboona shurba alheemi
Translation: "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ﴿56﴾هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ
Transliteration: Hatha nuzuluhum yawma alddeeni
Translation: Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ﴿57﴾نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ
Transliteration: Nahnu khalaqnakum falawla tusaddiqoona
Translation: Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ﴿58﴾أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ
Transliteration: Afaraaytum ma tumnoona
Translation: (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ﴿59﴾ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ
Transliteration: Aantum takhluqoonahu am nahnu alkhaliqoona
Translation: Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ﴿60﴾نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ
Transliteration: Nahnu qaddarna baynakumu almawta wama nahnu bimasbooqeena
Translation: Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ﴿61﴾عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Transliteration: AAala an nubaddila amthalakum wanunshiakum fee ma la taAAlamoona
Translation: (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ﴿62﴾وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ
Transliteration: Walaqad AAalimtumu alnnashata aloola falawla tathakkaroona
Translation: Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ﴿63﴾أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ
Transliteration: Afaraaytum ma tahruthoona
Translation: Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّـٰرِعُونَ ﴿64﴾ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّـٰرِعُونَ
Transliteration: Aantum tazraAAoonahu am nahnu alzzariAAoona
Translation: Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ﴿65﴾لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ
Transliteration: Law nashao lajaAAalnahu hutaman fathaltum tafakkahoona
Translation: Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ﴿66﴾إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ
Transliteration: Inna lamughramoona
Translation: (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ﴿67﴾بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ
Transliteration: Bal nahnu mahroomoona
Translation: "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ﴿68﴾أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ
Transliteration: Afaraaytumu almaa allathee tashraboona
Translation: Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ﴿69﴾ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ
Transliteration: Aantum anzaltumoohu mina almuzni am nahnu almunziloona
Translation: Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ﴿70﴾لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ
Transliteration: Law nashao jaAAalnahu ojajan falawla tashkuroona
Translation: Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ﴿71﴾أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ
Transliteration: Afaraaytumu alnnara allatee tooroona
Translation: Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ﴿72﴾ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ
Transliteration: Aantum anshatum shajarataha am nahnu almunshioona
Translation: Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ ﴿73﴾نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ
Transliteration: Nahnu jaAAalnaha tathkiratan wamataAAan lilmuqweena
Translation: Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ﴿74﴾فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Transliteration: Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi
Translation: Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ﴿75﴾۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Transliteration: Fala oqsimu bimawaqiAAi alnnujoomi
Translation: Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ﴿76﴾وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ
Transliteration: Wainnahu laqasamun law taAAlamoona AAatheemun
Translation: Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ ﴿77﴾إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ
Transliteration: Innahu laquranun kareemun
Translation: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ ﴿78﴾فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ
Transliteration: Fee kitabin maknoonin
Translation: Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ﴿79﴾لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ
Transliteration: La yamassuhu illa almutahharoona
Translation: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿80﴾تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Transliteration: Tanzeelun min rabbi alAAalameena
Translation: Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ﴿81﴾أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ
Transliteration: Afabihatha alhadeethi antum mudhinoona
Translation: Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ﴿82﴾وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ
Transliteration: WatajAAaloona rizqakum annakum tukaththiboona
Translation: Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ﴿83﴾فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ
Transliteration: Falawla itha balaghati alhulqooma
Translation: Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ ﴿84﴾وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ
Transliteration: Waantum heenaithin tanthuroona
Translation: Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ﴿85﴾وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ
Transliteration: Wanahnu aqrabu ilayhi minkum walakin la tubsiroona
Translation: Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ﴿86﴾فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ
Transliteration: Falawla in kuntum ghayra madeeneena
Translation: Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿87﴾تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Transliteration: TarjiAAoonaha in kuntum sadiqeena
Translation: Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ﴿88﴾فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ
Transliteration: Faamma in kana mina almuqarrabeena
Translation: Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ ﴿89﴾فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ
Transliteration: Farawhun warayhanun wajannatu naAAeemin
Translation: Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿90﴾وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Waamma in kana min ashabi alyameeni
Translation: Dan jika ia dari puak kanan,
فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ﴿91﴾فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Fasalamun laka min ashabi alyameeni
Translation: Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿92﴾وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
Transliteration: Waamma in kana mina almukaththibeena alddalleena
Translation: Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ ﴿93﴾فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ
Transliteration: Fanuzulun min hameemin
Translation: Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ﴿94﴾وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ
Transliteration: Watasliyatu jaheemin
Translation: Serta bakaran api neraka.
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ﴿95﴾إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ
Transliteration: Inna hatha lahuwa haqqu alyaqeeni
Translation: Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ﴿96﴾فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Transliteration: Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi
Translation: Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Transliteration source: English Transliteration by Tanzil. Used under Tanzil's non-commercial terms; see the source and latest updates at Tanzil. Tanzil translation download