quranmBuka dalam pembaca Al-Quran

Surah Al-Qiyamah transliteration

Buka dalam pembaca Al-Quran Baca surah penuh

75:1

لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ ﴿1﴾

Transliteration: La oqsimu biyawmi alqiyamati

Translation: Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

75:2

وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿2﴾

Transliteration: Wala oqsimu bialnnafsi allawwamati

Translation: Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

75:3

أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿3﴾

Transliteration: Ayahsabu alinsanu allan najmaAAa AAithamahu

Translation: Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

75:4

بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ ﴿4﴾

Transliteration: Bala qadireena AAala an nusawwiya bananahu

Translation: Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

75:5

بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿5﴾

Transliteration: Bal yureedu alinsanu liyafjura amamahu

Translation: (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

75:6

يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَٰمَةِ ﴿6﴾

Transliteration: Yasalu ayyana yawmu alqiyamati

Translation: Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

75:7

فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ ﴿7﴾

Transliteration: Faitha bariqa albasaru

Translation: Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

75:8

وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ ﴿8﴾

Transliteration: Wakhasafa alqamaru

Translation: Dan bulan hilang cahayanya,

75:9

وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ ﴿9﴾

Transliteration: WajumiAAa alshshamsu waalqamaru

Translation: Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

75:10

يَقُولُ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ ﴿10﴾

Transliteration: Yaqoolu alinsanu yawmaithin ayna almafarru

Translation: (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

75:11

كَلَّا لَا وَزَرَ ﴿11﴾

Transliteration: Kalla la wazara

Translation: Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

75:12

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ ﴿12﴾

Transliteration: Ila rabbika yawmaithin almustaqarru

Translation: Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

75:13

يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ﴿13﴾

Transliteration: Yunabbao alinsanu yawmaithin bima qaddama waakhkhara

Translation: Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

75:14

بَلِ ٱلۡإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٞ ﴿14﴾

Transliteration: Bali alinsanu AAala nafsihi baseeratun

Translation: Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

75:15

وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ﴿15﴾

Transliteration: Walaw alqa maAAatheerahu

Translation: Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

75:16

لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦٓ ﴿16﴾

Transliteration: La tuharrik bihi lisanaka litaAAjala bihi

Translation: Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

75:17

إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ﴿17﴾

Transliteration: Inna AAalayna jamAAahu waquranahu

Translation: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

75:18

فَإِذَا قَرَأۡنَٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ﴿18﴾

Transliteration: Faitha qaranahu faittabiAA quranahu

Translation: Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

75:19

ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُۥ ﴿19﴾

Transliteration: Thumma inna AAalayna bayanahu

Translation: Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

75:20

كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ ﴿20﴾

Transliteration: Kalla bal tuhibboona alAAajilata

Translation: Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

75:21

وَتَذَرُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ ﴿21﴾

Transliteration: Watatharoona alakhirata

Translation: Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

75:22

وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ نَّاضِرَةٌ ﴿22﴾

Transliteration: Wujoohun yawmaithin nadiratun

Translation: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

75:23

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٞ ﴿23﴾

Transliteration: Ila rabbiha nathiratun

Translation: Melihat kepada Tuhannya.

75:24

وَوُجُوهٞ يَوۡمَئِذِۭ بَاسِرَةٞ ﴿24﴾

Transliteration: Wawujoohun yawmaithin basiratun

Translation: Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

75:25

تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِهَا فَاقِرَةٞ ﴿25﴾

Transliteration: Tathunnu an yufAAala biha faqiratun

Translation: Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

75:26

كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِيَ ﴿26﴾

Transliteration: Kalla itha balaghati alttaraqiya

Translation: Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

75:27

وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٖ ﴿27﴾

Transliteration: Waqeela man raqin

Translation: Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

75:28

وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ ﴿28﴾

Transliteration: Wathanna annahu alfiraqu

Translation: Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

75:29

وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ﴿29﴾

Transliteration: Wailtaffati alssaqu bialssaqi

Translation: Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

75:30

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمَسَاقُ ﴿30﴾

Transliteration: Ila rabbika yawmaithin almasaqu

Translation: (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

75:31

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ﴿31﴾

Transliteration: Fala saddaqa wala salla

Translation: (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

75:32

وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿32﴾

Transliteration: Walakin kaththaba watawalla

Translation: Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

75:33

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ﴿33﴾

Transliteration: Thumma thahaba ila ahlihi yatamatta

Translation: Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

75:34

أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ ﴿34﴾

Transliteration: Awla laka faawla

Translation: (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

75:35

ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ ﴿35﴾

Transliteration: Thumma awla laka faawla

Translation: Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

75:36

أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ﴿36﴾

Transliteration: Ayahsabu alinsanu an yutraka sudan

Translation: Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

75:37

أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةٗ مِّن مَّنِيّٖ يُمۡنَىٰ ﴿37﴾

Transliteration: Alam yaku nutfatan min manayyin yumna

Translation: Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

75:38

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةٗ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿38﴾

Transliteration: Thumma kana AAalaqatan fakhalaqa fasawwa

Translation: Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

75:39

فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ ﴿39﴾

Transliteration: FajaAAala minhu alzzawjayni alththakara waalontha

Translation: Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.

75:40

أَلَيۡسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧيَ ٱلۡمَوۡتَىٰ ﴿40﴾

Transliteration: Alaysa thalika biqadirin AAala an yuhyiya almawta

Translation: Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Transliteration source: English Transliteration by Tanzil. Used under Tanzil's non-commercial terms; see the source and latest updates at Tanzil. Tanzil translation download