quranmBuka dalam pembaca Al-Quran

Topik · ms (Halaman 15)

710 ayat tentang topik ini, teks Arab dengan terjemahan Melayu.

Al-'Alaq 96:10

عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ ﴿١٠﴾

Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

Al-'Alaq 96:11

أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ ﴿١١﴾

Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

Al-'Alaq 96:12

أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ ﴿١٢﴾

Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

Al-'Alaq 96:13

أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ ﴿١٣﴾

Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

Al-'Alaq 96:14

أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ﴿١٤﴾

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

Al-'Alaq 96:15

كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ ﴿١٥﴾

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

Al-'Alaq 96:16

نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ ﴿١٦﴾

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Al-'Alaq 96:17

فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ ﴿١٧﴾

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

Al-'Alaq 96:18

سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ ﴿١٨﴾

Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

Al-'Alaq 96:19

كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩ ﴿١٩﴾

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Topik