وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفّٗا ﴿1﴾وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفّٗا
Transliteration: Waalssaffati saffan
Translation: Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
Buka dalam pembaca Al-Quran Baca surah penuh
وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفّٗا ﴿1﴾وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفّٗا
Transliteration: Waalssaffati saffan
Translation: Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
فَٱلزَّـٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا ﴿2﴾فَٱلزَّـٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا
Transliteration: Faalzzajirati zajran
Translation: (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
فَٱلتَّـٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا ﴿3﴾فَٱلتَّـٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا
Transliteration: Faalttaliyati thikran
Translation: (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدٞ ﴿4﴾إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدٞ
Transliteration: Inna ilahakum lawahidun
Translation: (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ ﴿5﴾رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ
Transliteration: Rabbu alssamawati waalardi wama baynahuma warabbu almashariqi
Translation: Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ ﴿6﴾إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ
Transliteration: Inna zayyanna alssamaa alddunya bizeenatin alkawakibi
Translation: Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
وَحِفۡظٗا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ مَّارِدٖ ﴿7﴾وَحِفۡظٗا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ مَّارِدٖ
Transliteration: Wahifthan min kulli shaytanin maridin
Translation: Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٖ ﴿8﴾لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٖ
Transliteration: La yassammaAAoona ila almalai alaAAla wayuqthafoona min kulli janibin
Translation: (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
دُحُورٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ وَاصِبٌ ﴿9﴾دُحُورٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ وَاصِبٌ
Transliteration: Duhooran walahum AAathabun wasibun
Translation: Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ ثَاقِبٞ ﴿10﴾إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ ثَاقِبٞ
Transliteration: Illa man khatifa alkhatfata faatbaAAahu shihabun thaqibun
Translation: Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينٖ لَّازِبِۭ ﴿11﴾فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينٖ لَّازِبِۭ
Transliteration: Faistaftihim ahum ashaddu khalqan am man khalaqna inna khalaqnahum min teenin lazibin
Translation: (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
بَلۡ عَجِبۡتَ وَيَسۡخَرُونَ ﴿12﴾بَلۡ عَجِبۡتَ وَيَسۡخَرُونَ
Transliteration: Bal AAajibta wayaskharoona
Translation: (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
وَإِذَا ذُكِّرُواْ لَا يَذۡكُرُونَ ﴿13﴾وَإِذَا ذُكِّرُواْ لَا يَذۡكُرُونَ
Transliteration: Waitha thukkiroo la yathkuroona
Translation: Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
وَإِذَا رَأَوۡاْ ءَايَةٗ يَسۡتَسۡخِرُونَ ﴿14﴾وَإِذَا رَأَوۡاْ ءَايَةٗ يَسۡتَسۡخِرُونَ
Transliteration: Waitha raaw ayatan yastaskhiroona
Translation: Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
وَقَالُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ مُّبِينٌ ﴿15﴾وَقَالُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ مُّبِينٌ
Transliteration: Waqaloo in hatha illa sihrun mubeenun
Translation: Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ﴿16﴾أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ
Transliteration: Aitha mitna wakunna turaban waAAithaman ainna lamabAAoothoona
Translation: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ﴿17﴾أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ
Transliteration: Awaabaona alawwaloona
Translation: "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
قُلۡ نَعَمۡ وَأَنتُمۡ دَٰخِرُونَ ﴿18﴾قُلۡ نَعَمۡ وَأَنتُمۡ دَٰخِرُونَ
Transliteration: Qul naAAam waantum dakhiroona
Translation: Jawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina ".
فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٞ وَٰحِدَةٞ فَإِذَا هُمۡ يَنظُرُونَ ﴿19﴾فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٞ وَٰحِدَةٞ فَإِذَا هُمۡ يَنظُرُونَ
Transliteration: Fainnama hiya zajratun wahidatun faitha hum yanthuroona
Translation: (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
وَقَالُواْ يَٰوَيۡلَنَا هَٰذَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ﴿20﴾وَقَالُواْ يَٰوَيۡلَنَا هَٰذَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ
Transliteration: Waqaloo ya waylana hatha yawmu alddeeni
Translation: Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ﴿21﴾هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ
Transliteration: Hatha yawmu alfasli allathee kuntum bihi tukaththiboona
Translation: (Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
ٱحۡشُرُواْ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَأَزۡوَٰجَهُمۡ وَمَا كَانُواْ يَعۡبُدُونَ ﴿22﴾۞ٱحۡشُرُواْ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَأَزۡوَٰجَهُمۡ وَمَا كَانُواْ يَعۡبُدُونَ
Transliteration: Ohshuroo allatheena thalamoo waazwajahum wama kanoo yaAAbudoona
Translation: (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهۡدُوهُمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿23﴾مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهۡدُوهُمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: Min dooni Allahi faihdoohum ila sirati aljaheemi
Translation: "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ ﴿24﴾وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ
Transliteration: Waqifoohum innahum masooloona
Translation: "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ ﴿25﴾مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ
Transliteration: Ma lakum la tanasaroona
Translation: "Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ ﴿26﴾بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ
Transliteration: Bal humu alyawma mustaslimoona
Translation: (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ ﴿27﴾وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ
Transliteration: Waaqbala baAAduhum AAala baAAdin yatasaaloona
Translation: Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ ﴿28﴾قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Qaloo innakum kuntum tatoonana AAani alyameeni
Translation: Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ ﴿29﴾قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ
Transliteration: Qaloo bal lam takoonoo mumineena
Translation: Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمٗا طَٰغِينَ ﴿30﴾وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمٗا طَٰغِينَ
Transliteration: Wama kana lana AAalaykum min sultanin bal kuntum qawman tagheena
Translation: "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ ﴿31﴾فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ
Transliteration: Fahaqqa AAalayna qawlu rabbina inna lathaiqoona
Translation: (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ ﴿32﴾فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ
Transliteration: Faaghwaynakum inna kunna ghaweena
Translation: "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذٖ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ﴿33﴾فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذٖ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ
Transliteration: Fainnahum yawmaithin fee alAAathabi mushtarikoona
Translation: Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿34﴾إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ
Transliteration: Inna kathalika nafAAalu bialmujrimeena
Translation: Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ ﴿35﴾إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ
Transliteration: Innahum kanoo itha qeela lahum la ilaha illa Allahu yastakbiroona
Translation: Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٖ مَّجۡنُونِۭ ﴿36﴾وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٖ مَّجۡنُونِۭ
Transliteration: Wayaqooloona ainna latarikoo alihatina lishaAAirin majnoonin
Translation: Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿37﴾بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Bal jaa bialhaqqi wasaddaqa almursaleena
Translation: (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ ﴿38﴾إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ
Transliteration: Innakum lathaiqoo alAAathabi alaleemi
Translation: Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ﴿39﴾وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Transliteration: Wama tujzawna illa ma kuntum taAAmaloona
Translation: Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿40﴾إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Transliteration: Illa AAibada Allahi almukhlaseena
Translation: Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
أُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ رِزۡقٞ مَّعۡلُومٞ ﴿41﴾أُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ رِزۡقٞ مَّعۡلُومٞ
Transliteration: Olaika lahum rizqun maAAloomun
Translation: Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكۡرَمُونَ ﴿42﴾فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكۡرَمُونَ
Transliteration: Fawakihu wahum mukramoona
Translation: Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿43﴾فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Transliteration: Fee jannati alnnaAAeemi
Translation: Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ ﴿44﴾عَلَىٰ سُرُرٖ مُّتَقَٰبِلِينَ
Transliteration: AAala sururin mutaqabileena
Translation: Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسٖ مِّن مَّعِينِۭ ﴿45﴾يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسٖ مِّن مَّعِينِۭ
Transliteration: Yutafu AAalayhim bikasin min maAAeenin
Translation: Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
بَيۡضَآءَ لَذَّةٖ لِّلشَّـٰرِبِينَ ﴿46﴾بَيۡضَآءَ لَذَّةٖ لِّلشَّـٰرِبِينَ
Transliteration: Baydaa laththatin lilshsharibeena
Translation: Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
لَا فِيهَا غَوۡلٞ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ ﴿47﴾لَا فِيهَا غَوۡلٞ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ
Transliteration: La feeha ghawlun wala hum AAanha yunzafoona
Translation: Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينٞ ﴿48﴾وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينٞ
Transliteration: WaAAindahum qasiratu alttarfi AAeenun
Translation: Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
كَأَنَّهُنَّ بَيۡضٞ مَّكۡنُونٞ ﴿49﴾كَأَنَّهُنَّ بَيۡضٞ مَّكۡنُونٞ
Transliteration: Kaannahunna baydun maknoonun
Translation: (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ ﴿50﴾فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ يَتَسَآءَلُونَ
Transliteration: Faaqbala baAAduhum AAala baAAdin yatasaaloona
Translation: (Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٞ ﴿51﴾قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٞ
Transliteration: Qala qailun minhum innee kana lee qareenun
Translation: Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُصَدِّقِينَ ﴿52﴾يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُصَدِّقِينَ
Transliteration: Yaqoolu ainnaka lamina almusaddiqeena
Translation: "katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ ﴿53﴾أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ
Transliteration: Aitha mitna wakunna turaban waAAithaman ainna lamadeenoona
Translation: "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
قَالَ هَلۡ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ ﴿54﴾قَالَ هَلۡ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ
Transliteration: Qala hal antum muttaliAAoona
Translation: (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِي سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿55﴾فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِي سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: FaittalaAAa faraahu fee sawai aljaheemi
Translation: Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرۡدِينِ ﴿56﴾قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرۡدِينِ
Transliteration: Qala taAllahi in kidta laturdeeni
Translation: Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
وَلَوۡلَا نِعۡمَةُ رَبِّي لَكُنتُ مِنَ ٱلۡمُحۡضَرِينَ ﴿57﴾وَلَوۡلَا نِعۡمَةُ رَبِّي لَكُنتُ مِنَ ٱلۡمُحۡضَرِينَ
Transliteration: Walawla niAAmatu rabbee lakuntu mina almuhdareena
Translation: "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
أَفَمَا نَحۡنُ بِمَيِّتِينَ ﴿58﴾أَفَمَا نَحۡنُ بِمَيِّتِينَ
Transliteration: Afama nahnu bimayyiteena
Translation: (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
إِلَّا مَوۡتَتَنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ ﴿59﴾إِلَّا مَوۡتَتَنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ
Transliteration: Illa mawtatana aloola wama nahnu bimuAAaththabeena
Translation: "Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ﴿60﴾إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Transliteration: Inna hatha lahuwa alfawzu alAAatheemu
Translation: Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
لِمِثۡلِ هَٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَٰمِلُونَ ﴿61﴾لِمِثۡلِ هَٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَٰمِلُونَ
Transliteration: Limithli hatha falyaAAmali alAAamiloona
Translation: Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
أَذَٰلِكَ خَيۡرٞ نُّزُلًا أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ ﴿62﴾أَذَٰلِكَ خَيۡرٞ نُّزُلًا أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ
Transliteration: Athalika khayrun nuzulan am shajaratu alzzaqqoomi
Translation: Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
إِنَّا جَعَلۡنَٰهَا فِتۡنَةٗ لِّلظَّـٰلِمِينَ ﴿63﴾إِنَّا جَعَلۡنَٰهَا فِتۡنَةٗ لِّلظَّـٰلِمِينَ
Transliteration: Inna jaAAalnaha fitnatan lilththalimeena
Translation: Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
إِنَّهَا شَجَرَةٞ تَخۡرُجُ فِيٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿64﴾إِنَّهَا شَجَرَةٞ تَخۡرُجُ فِيٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: Innaha shajaratun takhruju fee asli aljaheemi
Translation: Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
طَلۡعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ ﴿65﴾طَلۡعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ
Transliteration: TalAAuha kaannahu ruoosu alshshayateeni
Translation: Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
فَإِنَّهُمۡ لَأٓكِلُونَ مِنۡهَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ﴿66﴾فَإِنَّهُمۡ لَأٓكِلُونَ مِنۡهَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ
Transliteration: Fainnahum laakiloona minha famalioona minha albutoona
Translation: Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡهَا لَشَوۡبٗا مِّنۡ حَمِيمٖ ﴿67﴾ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡهَا لَشَوۡبٗا مِّنۡ حَمِيمٖ
Transliteration: Thumma inna lahum AAalayha lashawban min hameemin
Translation: Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ ﴿68﴾ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: Thumma inna marjiAAahum laila aljaheemi
Translation: Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
إِنَّهُمۡ أَلۡفَوۡاْ ءَابَآءَهُمۡ ضَآلِّينَ ﴿69﴾إِنَّهُمۡ أَلۡفَوۡاْ ءَابَآءَهُمۡ ضَآلِّينَ
Transliteration: Innahum alfaw abaahum dalleena
Translation: Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
فَهُمۡ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ يُهۡرَعُونَ ﴿70﴾فَهُمۡ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ يُهۡرَعُونَ
Transliteration: Fahum AAala atharihim yuhraAAoona
Translation: Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
وَلَقَدۡ ضَلَّ قَبۡلَهُمۡ أَكۡثَرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿71﴾وَلَقَدۡ ضَلَّ قَبۡلَهُمۡ أَكۡثَرُ ٱلۡأَوَّلِينَ
Transliteration: Walaqad dalla qablahum aktharu alawwaleena
Translation: Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ ﴿72﴾وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ
Transliteration: Walaqad arsalna feehim munthireena
Translation: Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُنذَرِينَ ﴿73﴾فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُنذَرِينَ
Transliteration: Faonthur kayfa kana AAaqibatu almunthareena
Translation: Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿74﴾إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Transliteration: Illa AAibada Allahi almukhlaseena
Translation: Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
وَلَقَدۡ نَادَىٰنَا نُوحٞ فَلَنِعۡمَ ٱلۡمُجِيبُونَ ﴿75﴾وَلَقَدۡ نَادَىٰنَا نُوحٞ فَلَنِعۡمَ ٱلۡمُجِيبُونَ
Transliteration: Walaqad nadana noohun falaniAAma almujeeboona
Translation: Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
وَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿76﴾وَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ
Transliteration: Wanajjaynahu waahlahu mina alkarbi alAAatheemi
Translation: Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
وَجَعَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلۡبَاقِينَ ﴿77﴾وَجَعَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلۡبَاقِينَ
Transliteration: WajaAAalna thurriyyatahu humu albaqeena
Translation: Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿78﴾وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Watarakna AAalayhi fee alakhireena
Translation: Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٖ فِي ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿79﴾سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٖ فِي ٱلۡعَٰلَمِينَ
Transliteration: Salamun AAala noohin fee alAAalameena
Translation: "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿80﴾إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Transliteration: Inna kathalika najzee almuhsineena
Translation: Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿81﴾إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Transliteration: Innahu min AAibadina almumineena
Translation: Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿82﴾ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Transliteration: Thumma aghraqna alakhareena
Translation: Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبۡرَٰهِيمَ ﴿83﴾۞وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبۡرَٰهِيمَ
Transliteration: Wainna min sheeAAatihi laibraheema
Translation: Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
إِذۡ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلۡبٖ سَلِيمٍ ﴿84﴾إِذۡ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلۡبٖ سَلِيمٍ
Transliteration: Ith jaa rabbahu biqalbin saleemin
Translation: Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَاذَا تَعۡبُدُونَ ﴿85﴾إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَاذَا تَعۡبُدُونَ
Transliteration: Ith qala liabeehi waqawmihi matha taAAbudoona
Translation: Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
أَئِفۡكًا ءَالِهَةٗ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ ﴿86﴾أَئِفۡكًا ءَالِهَةٗ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ
Transliteration: Aifkan alihatan doona Allahi tureedoona
Translation: "Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿87﴾فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Transliteration: Fama thannukum birabbi alAAalameena
Translation: "Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
فَنَظَرَ نَظۡرَةٗ فِي ٱلنُّجُومِ ﴿88﴾فَنَظَرَ نَظۡرَةٗ فِي ٱلنُّجُومِ
Transliteration: Fanathara nathratan fee alnnujoomi
Translation: Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٞ ﴿89﴾فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٞ
Transliteration: Faqala innee saqeemun
Translation: Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
فَتَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ مُدۡبِرِينَ ﴿90﴾فَتَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ مُدۡبِرِينَ
Transliteration: Fatawallaw AAanhu mudbireena
Translation: Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمۡ فَقَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ ﴿91﴾فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمۡ فَقَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ
Transliteration: Faragha ila alihatihim faqala ala takuloona
Translation: Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
مَا لَكُمۡ لَا تَنطِقُونَ ﴿92﴾مَا لَكُمۡ لَا تَنطِقُونَ
Transliteration: Ma lakum la tantiqoona
Translation: "Mengapa kamu tidak menjawab?"
فَرَاغَ عَلَيۡهِمۡ ضَرۡبَۢا بِٱلۡيَمِينِ ﴿93﴾فَرَاغَ عَلَيۡهِمۡ ضَرۡبَۢا بِٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Faragha AAalayhim darban bialyameeni
Translation: Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
فَأَقۡبَلُوٓاْ إِلَيۡهِ يَزِفُّونَ ﴿94﴾فَأَقۡبَلُوٓاْ إِلَيۡهِ يَزِفُّونَ
Transliteration: Faaqbaloo ilayhi yaziffoona
Translation: (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ ﴿95﴾قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ
Transliteration: Qala ataAAbudoona ma tanhitoona
Translation: (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ ﴿96﴾وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
Transliteration: WaAllahu khalaqakum wama taAAmaloona
Translation: "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُۥ بُنۡيَٰنٗا فَأَلۡقُوهُ فِي ٱلۡجَحِيمِ ﴿97﴾قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُۥ بُنۡيَٰنٗا فَأَلۡقُوهُ فِي ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: Qaloo ibnoo lahu bunyanan faalqoohu fee aljaheemi
Translation: (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
فَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدٗا فَجَعَلۡنَٰهُمُ ٱلۡأَسۡفَلِينَ ﴿98﴾فَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدٗا فَجَعَلۡنَٰهُمُ ٱلۡأَسۡفَلِينَ
Transliteration: Faaradoo bihi kaydan fajaAAalnahumu alasfaleena
Translation: Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهۡدِينِ ﴿99﴾وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهۡدِينِ
Transliteration: Waqala innee thahibun ila rabbee sayahdeeni
Translation: Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿100﴾رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Transliteration: Rabbi hab lee mina alssaliheena
Translation: " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
فَبَشَّرۡنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٖ ﴿101﴾فَبَشَّرۡنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٖ
Transliteration: Fabashsharnahu bighulamin haleemin
Translation: Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ﴿102﴾فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Transliteration: Falamma balagha maAAahu alssaAAya qala ya bunayya innee ara fee almanami annee athbahuka faonthur matha tara qala ya abati ifAAal ma tumaru satajidunee in shaa Allahu mina alssabireena
Translation: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ﴿103﴾فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ
Transliteration: Falamma aslama watallahu liljabeeni
Translation: Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ﴿104﴾وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٰهِيمُ
Transliteration: Wanadaynahu an ya ibraheemu
Translation: Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿105﴾قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Transliteration: Qad saddaqta alrruya inna kathalika najzee almuhsineena
Translation: "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ﴿106﴾إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ
Transliteration: Inna hatha lahuwa albalao almubeenu
Translation: Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ﴿107﴾وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ
Transliteration: Wafadaynahu bithibhin AAatheemin
Translation: Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿108﴾وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Watarakna AAalayhi fee alakhireena
Translation: Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ ﴿109﴾سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ
Transliteration: Salamun AAala ibraheema
Translation: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿110﴾كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Transliteration: Kathalika najzee almuhsineena
Translation: Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿111﴾إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Transliteration: Innahu min AAibadina almumineena
Translation: Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
وَبَشَّرۡنَٰهُ بِإِسۡحَٰقَ نَبِيّٗا مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿112﴾وَبَشَّرۡنَٰهُ بِإِسۡحَٰقَ نَبِيّٗا مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Transliteration: Wabashsharnahu biishaqa nabiyyan mina alssaliheena
Translation: Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
وَبَٰرَكۡنَا عَلَيۡهِ وَعَلَىٰٓ إِسۡحَٰقَۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحۡسِنٞ وَظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ مُبِينٞ ﴿113﴾وَبَٰرَكۡنَا عَلَيۡهِ وَعَلَىٰٓ إِسۡحَٰقَۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحۡسِنٞ وَظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ مُبِينٞ
Transliteration: Wabarakna AAalayhi waAAala ishaqa wamin thurriyyatihima muhsinun wathalimun linafsihi mubeenun
Translation: Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
وَلَقَدۡ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ﴿114﴾وَلَقَدۡ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
Transliteration: Walaqad mananna AAala moosa waharoona
Translation: Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
وَنَجَّيۡنَٰهُمَا وَقَوۡمَهُمَا مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ ﴿115﴾وَنَجَّيۡنَٰهُمَا وَقَوۡمَهُمَا مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ
Transliteration: Wanajjaynahuma waqawmahuma mina alkarbi alAAatheemi
Translation: Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;
وَنَصَرۡنَٰهُمۡ فَكَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ﴿116﴾وَنَصَرۡنَٰهُمۡ فَكَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ
Transliteration: Wanasarnahum fakanoo humu alghalibeena
Translation: Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);
وَءَاتَيۡنَٰهُمَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلۡمُسۡتَبِينَ ﴿117﴾وَءَاتَيۡنَٰهُمَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلۡمُسۡتَبِينَ
Transliteration: Waataynahuma alkitaba almustabeena
Translation: Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;
وَهَدَيۡنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴿118﴾وَهَدَيۡنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Transliteration: Wahadaynahuma alssirata almustaqeema
Translation: Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِمَا فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿119﴾وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِمَا فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Watarakna AAalayhima fee alakhireena
Translation: Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ﴿120﴾سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
Transliteration: Salamun AAala moosa waharoona
Translation: "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿121﴾إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Transliteration: Inna kathalika najzee almuhsineena
Translation: Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
إِنَّهُمَا مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿122﴾إِنَّهُمَا مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Transliteration: Innahuma min AAibadina almumineena
Translation: Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
وَإِنَّ إِلۡيَاسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿123﴾وَإِنَّ إِلۡيَاسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Wainna ilyasa lamina almursaleena
Translation: Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿124﴾إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ
Transliteration: Ith qala liqawmihi ala tattaqoona
Translation: (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
أَتَدۡعُونَ بَعۡلٗا وَتَذَرُونَ أَحۡسَنَ ٱلۡخَٰلِقِينَ ﴿125﴾أَتَدۡعُونَ بَعۡلٗا وَتَذَرُونَ أَحۡسَنَ ٱلۡخَٰلِقِينَ
Transliteration: AtadAAoona baAAlan watatharoona ahsana alkhaliqeena
Translation: "Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
ٱللَّهَ رَبَّكُمۡ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿126﴾ٱللَّهَ رَبَّكُمۡ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ
Transliteration: Allaha rabbakum warabba abaikumu alawwaleena
Translation: "Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ ﴿127﴾فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ
Transliteration: Fakaththaboohu fainnahum lamuhdaroona
Translation: Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿128﴾إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Transliteration: Illa AAibada Allahi almukhlaseena
Translation: Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ﴿129﴾وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Transliteration: Watarakna AAalayhi fee alakhireena
Translation: Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلۡ يَاسِينَ ﴿130﴾سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلۡ يَاسِينَ
Transliteration: Salamun AAala il yaseena
Translation: "Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ﴿131﴾إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Transliteration: Inna kathalika najzee almuhsineena
Translation: Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ﴿132﴾إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Transliteration: Innahu min AAibadina almumineena
Translation: Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
وَإِنَّ لُوطٗا لَّمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿133﴾وَإِنَّ لُوطٗا لَّمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Wainna lootan lamina almursaleena
Translation: Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
إِذۡ نَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ﴿134﴾إِذۡ نَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ
Transliteration: Ith najjaynahu waahlahu ajmaAAeena
Translation: (ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
إِلَّا عَجُوزٗا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ ﴿135﴾إِلَّا عَجُوزٗا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ
Transliteration: Illa AAajoozan fee alghabireena
Translation: Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ ﴿136﴾ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Transliteration: Thumma dammarna alakhareena
Translation: Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
وَإِنَّكُمۡ لَتَمُرُّونَ عَلَيۡهِم مُّصۡبِحِينَ ﴿137﴾وَإِنَّكُمۡ لَتَمُرُّونَ عَلَيۡهِم مُّصۡبِحِينَ
Transliteration: Wainnakum latamurroona AAalayhim musbiheena
Translation: Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
وَبِٱلَّيۡلِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ﴿138﴾وَبِٱلَّيۡلِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Transliteration: Wabiallayli afala taAAqiloona
Translation: Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿139﴾وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Wainna yoonusa lamina almursaleena
Translation: Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ ﴿140﴾إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ
Transliteration: Ith abaqa ila alfulki almashhooni
Translation: (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ ﴿141﴾فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ
Transliteration: Fasahama fakana mina almudhadeena
Translation: (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٞ ﴿142﴾فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٞ
Transliteration: Failtaqamahu alhootu wahuwa muleemun
Translation: Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ ﴿143﴾فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ
Transliteration: Falawla annahu kana mina almusabbiheena
Translation: Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ﴿144﴾لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
Transliteration: Lalabitha fee batnihi ila yawmi yubAAathoona
Translation: Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٞ ﴿145﴾۞فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٞ
Transliteration: Fanabathnahu bialAAarai wahuwa saqeemun
Translation: Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةٗ مِّن يَقۡطِينٖ ﴿146﴾وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةٗ مِّن يَقۡطِينٖ
Transliteration: Waanbatna AAalayhi shajaratan min yaqteenin
Translation: Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
وَأَرۡسَلۡنَٰهُ إِلَىٰ مِاْئَةِ أَلۡفٍ أَوۡ يَزِيدُونَ ﴿147﴾وَأَرۡسَلۡنَٰهُ إِلَىٰ مِاْئَةِ أَلۡفٍ أَوۡ يَزِيدُونَ
Transliteration: Waarsalnahu ila miati alfin aw yazeedoona
Translation: Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
فَـَٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ ﴿148﴾فَـَٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٖ
Transliteration: Faamanoo famattaAAnahum ila heenin
Translation: (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَلِرَبِّكَ ٱلۡبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلۡبَنُونَ ﴿149﴾فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَلِرَبِّكَ ٱلۡبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلۡبَنُونَ
Transliteration: Faistaftihim alirabbika albanatu walahumu albanoona
Translation: (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
أَمۡ خَلَقۡنَا ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ إِنَٰثٗا وَهُمۡ شَٰهِدُونَ ﴿150﴾أَمۡ خَلَقۡنَا ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ إِنَٰثٗا وَهُمۡ شَٰهِدُونَ
Transliteration: Am khalaqna almalaikata inathan wahum shahidoona
Translation: Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
أَلَآ إِنَّهُم مِّنۡ إِفۡكِهِمۡ لَيَقُولُونَ ﴿151﴾أَلَآ إِنَّهُم مِّنۡ إِفۡكِهِمۡ لَيَقُولُونَ
Transliteration: Ala innahum min ifkihim layaqooloona
Translation: Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ﴿152﴾وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ
Transliteration: Walada Allahu wainnahum lakathiboona
Translation: "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
أَصۡطَفَى ٱلۡبَنَاتِ عَلَى ٱلۡبَنِينَ ﴿153﴾أَصۡطَفَى ٱلۡبَنَاتِ عَلَى ٱلۡبَنِينَ
Transliteration: Astafa albanati AAala albaneena
Translation: (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ ﴿154﴾مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ
Transliteration: Ma lakum kayfa tahkumoona
Translation: Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿155﴾أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Transliteration: Afala tathakkaroona
Translation: Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
أَمۡ لَكُمۡ سُلۡطَٰنٞ مُّبِينٞ ﴿156﴾أَمۡ لَكُمۡ سُلۡطَٰنٞ مُّبِينٞ
Transliteration: Am lakum sultanun mubeenun
Translation: Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
فَأۡتُواْ بِكِتَٰبِكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ﴿157﴾فَأۡتُواْ بِكِتَٰبِكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Transliteration: Fatoo bikitabikum in kuntum sadiqeena
Translation: (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
وَجَعَلُواْ بَيۡنَهُۥ وَبَيۡنَ ٱلۡجِنَّةِ نَسَبٗاۚ وَلَقَدۡ عَلِمَتِ ٱلۡجِنَّةُ إِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ ﴿158﴾وَجَعَلُواْ بَيۡنَهُۥ وَبَيۡنَ ٱلۡجِنَّةِ نَسَبٗاۚ وَلَقَدۡ عَلِمَتِ ٱلۡجِنَّةُ إِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ
Transliteration: WajaAAaloo baynahu wabayna aljinnati nasaban walaqad AAalimati aljinnatu innahum lamuhdaroona
Translation: (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿159﴾سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
Transliteration: Subhana Allahi AAamma yasifoona
Translation: Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿160﴾إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Transliteration: Illa AAibada Allahi almukhlaseena
Translation: Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
فَإِنَّكُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ ﴿161﴾فَإِنَّكُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ
Transliteration: Fainnakum wama taAAbudoona
Translation: Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ بِفَٰتِنِينَ ﴿162﴾مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ بِفَٰتِنِينَ
Transliteration: Ma antum AAalayhi bifatineena
Translation: Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
إِلَّا مَنۡ هُوَ صَالِ ٱلۡجَحِيمِ ﴿163﴾إِلَّا مَنۡ هُوَ صَالِ ٱلۡجَحِيمِ
Transliteration: Illa man huwa sali aljaheemi
Translation: kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
وَمَامِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٞ مَّعۡلُومٞ ﴿164﴾وَمَامِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامٞ مَّعۡلُومٞ
Transliteration: Wama minna illa lahu maqamun maAAloomun
Translation: (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلصَّآفُّونَ ﴿165﴾وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلصَّآفُّونَ
Transliteration: Wainna lanahnu alssaffoona
Translation: "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡمُسَبِّحُونَ ﴿166﴾وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡمُسَبِّحُونَ
Transliteration: Wainna lanahnu almusabbihoona
Translation: "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
وَإِن كَانُواْ لَيَقُولُونَ ﴿167﴾وَإِن كَانُواْ لَيَقُولُونَ
Transliteration: Wain kanoo layaqooloona
Translation: Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
لَوۡ أَنَّ عِندَنَا ذِكۡرٗا مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ﴿168﴾لَوۡ أَنَّ عِندَنَا ذِكۡرٗا مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Transliteration: Law anna AAindana thikran mina alawwaleena
Translation: "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ﴿169﴾لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Transliteration: Lakunna AAibada Allahi almukhlaseena
Translation: "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
فَكَفَرُواْ بِهِۦۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ﴿170﴾فَكَفَرُواْ بِهِۦۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Transliteration: Fakafaroo bihi fasawfa yaAAlamoona
Translation: (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿171﴾وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Walaqad sabaqat kalimatuna liAAibadina almursaleena
Translation: Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ ﴿172﴾إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ
Transliteration: Innahum lahumu almansooroona
Translation: Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ ﴿173﴾وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ
Transliteration: Wainna jundana lahumu alghaliboona
Translation: Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ ﴿174﴾فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ
Transliteration: Fatawalla AAanhum hatta heenin
Translation: Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
وَأَبۡصِرۡهُمۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ ﴿175﴾وَأَبۡصِرۡهُمۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ
Transliteration: Waabsirhum fasawfa yubsiroona
Translation: Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ ﴿176﴾أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ
Transliteration: AfabiAAathabina yastaAAjiloona
Translation: Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمۡ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلۡمُنذَرِينَ ﴿177﴾فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمۡ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلۡمُنذَرِينَ
Transliteration: Faitha nazala bisahatihim fasaa sabahu almunthareena
Translation: Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
وَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ ﴿178﴾وَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينٖ
Transliteration: Watawalla AAanhum hatta heenin
Translation: Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
وَأَبۡصِرۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ ﴿179﴾وَأَبۡصِرۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ
Transliteration: Waabsir fasawfa yubsiroona
Translation: Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
سُبۡحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿180﴾سُبۡحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
Transliteration: Subhana rabbika rabbi alAAizzati AAamma yasifoona
Translation: Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ ﴿181﴾وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Transliteration: Wasalamun AAala almursaleena
Translation: Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿182﴾وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Transliteration: Waalhamdu lillahi rabbi alAAalameena
Translation: Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Transliteration source: English Transliteration by Tanzil. Used under Tanzil's non-commercial terms; see the source and latest updates at Tanzil. Tanzil translation download