quranmBuka dalam pembaca Al-Quran

Surah At-Takwir transliteration

Buka dalam pembaca Al-Quran Baca surah penuh

81:1

إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ ﴿1﴾

Transliteration: Itha alshshamsu kuwwirat

Translation: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

81:2

وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ ﴿2﴾

Transliteration: Waitha alnnujoomu inkadarat

Translation: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

81:3

وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ ﴿3﴾

Transliteration: Waitha aljibalu suyyirat

Translation: Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

81:4

وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ ﴿4﴾

Transliteration: Waitha alAAisharu AAuttilat

Translation: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

81:5

وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ ﴿5﴾

Transliteration: Waitha alwuhooshu hushirat

Translation: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

81:6

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ ﴿6﴾

Transliteration: Waitha albiharu sujjirat

Translation: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

81:7

وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ ﴿7﴾

Transliteration: Waitha alnnufoosu zuwwijat

Translation: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

81:8

وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ ﴿8﴾

Transliteration: Waitha almawoodatu suilat

Translation: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

81:9

بِأَيِّ ذَنۢبٖ قُتِلَتۡ ﴿9﴾

Transliteration: Biayyi thanbin qutilat

Translation: Dengan dosa apakah ia dibunuh?

81:10

وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ ﴿10﴾

Transliteration: Waitha alssuhufu nushirat

Translation: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

81:11

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ ﴿11﴾

Transliteration: Waitha alssamao kushitat

Translation: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

81:12

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ ﴿12﴾

Transliteration: Waitha aljaheemu suAAAAirat

Translation: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

81:13

وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ ﴿13﴾

Transliteration: Waitha aljannatu ozlifat

Translation: Dan apabila Syurga didekatkan;

81:14

عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّآ أَحۡضَرَتۡ ﴿14﴾

Transliteration: AAalimat nafsun ma ahdarat

Translation: (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

81:15

فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ ﴿15﴾

Transliteration: Fala oqsimu bialkhunnasi

Translation: Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

81:16

ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ ﴿16﴾

Transliteration: Aljawari alkunnasi

Translation: Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

81:17

وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ ﴿17﴾

Transliteration: Waallayli itha AAasAAasa

Translation: Dan malam, apabila ia hampir habis,

81:18

وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ ﴿18﴾

Transliteration: Waalssubhi itha tanaffasa

Translation: Dan siang, apabila ia mulai terang;

81:19

إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٖ كَرِيمٖ ﴿19﴾

Transliteration: Innahu laqawlu rasoolin kareemin

Translation: Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

81:20

ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٖ ﴿20﴾

Transliteration: Thee quwwatin AAinda thee alAAarshi makeenin

Translation: Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

81:21

مُّطَاعٖ ثَمَّ أَمِينٖ ﴿21﴾

Transliteration: MutaAAin thamma ameenin

Translation: Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

81:22

وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٖ ﴿22﴾

Transliteration: Wama sahibukum bimajnoonin

Translation: Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

81:23

وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ ﴿23﴾

Transliteration: Walaqad raahu bialofuqi almubeeni

Translation: Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

81:24

وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٖ ﴿24﴾

Transliteration: Wama huwa AAala alghaybi bidaneenin

Translation: Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

81:25

وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَٰنٖ رَّجِيمٖ ﴿25﴾

Transliteration: Wama huwa biqawli shaytanin rajeemin

Translation: Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

81:26

فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ ﴿26﴾

Transliteration: Faayna tathhaboona

Translation: (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

81:27

إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ ﴿27﴾

Transliteration: In huwa illa thikrun lilAAalameena

Translation: Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

81:28

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ ﴿28﴾

Transliteration: Liman shaa minkum an yastaqeema

Translation: Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

81:29

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴿29﴾

Transliteration: Wama tashaoona illa an yashaa Allahu rabbu alAAalameena

Translation: Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Transliteration source: English Transliteration by Tanzil. Used under Tanzil's non-commercial terms; see the source and latest updates at Tanzil. Tanzil translation download