يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ﴿1﴾يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ
Transliteration: Ya ayyuha almuddaththiru
Translation: Wahai orang yang berselimut!
Buka dalam pembaca Al-Quran Baca surah penuh
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ﴿1﴾يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ
Transliteration: Ya ayyuha almuddaththiru
Translation: Wahai orang yang berselimut!
قُمۡ فَأَنذِرۡ ﴿2﴾قُمۡ فَأَنذِرۡ
Transliteration: Qum faanthir
Translation: Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ ﴿3﴾وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ
Transliteration: Warabbaka fakabbir
Translation: Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ ﴿4﴾وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ
Transliteration: Wathiyabaka fatahhir
Translation: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ ﴿5﴾وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ
Transliteration: Waalrrujza faohjur
Translation: Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ﴿6﴾وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ
Transliteration: Wala tamnun tastakthiru
Translation: Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ﴿7﴾وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ
Transliteration: Walirabbika faisbir
Translation: Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ ﴿8﴾فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ
Transliteration: Faitha nuqira fee alnnaqoori
Translation: Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٖ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ﴿9﴾فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٖ يَوۡمٌ عَسِيرٌ
Transliteration: Fathalika yawmaithin yawmun AAaseerun
Translation: Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٖ ﴿10﴾عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٖ
Transliteration: AAala alkafireena ghayru yaseerin
Translation: Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدٗا ﴿11﴾ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدٗا
Transliteration: Tharnee waman khalaqtu waheedan
Translation: (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالٗا مَّمۡدُودٗا ﴿12﴾وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالٗا مَّمۡدُودٗا
Transliteration: WajaAAaltu lahu malan mamdoodan
Translation: Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
وَبَنِينَ شُهُودٗا ﴿13﴾وَبَنِينَ شُهُودٗا
Transliteration: Wabaneena shuhoodan
Translation: Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدٗا ﴿14﴾وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدٗا
Transliteration: Wamahhadtu lahu tamheedan
Translation: Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ ﴿15﴾ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ
Transliteration: Thumma yatmaAAu an azeeda
Translation: Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدٗا ﴿16﴾كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدٗا
Transliteration: Kalla innahu kana liayatina AAaneedan
Translation: Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا ﴿17﴾سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا
Transliteration: Saorhiquhu saAAoodan
Translation: Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ﴿18﴾إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Transliteration: Innahu fakkara waqaddara
Translation: Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ﴿19﴾فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Transliteration: Faqutila kayfa qaddara
Translation: Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ﴿20﴾ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Transliteration: Thumma qutila kayfa qaddara
Translation: Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ثُمَّ نَظَرَ ﴿21﴾ثُمَّ نَظَرَ
Transliteration: Thumma nathara
Translation: Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ﴿22﴾ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Transliteration: Thumma AAabasa wabasara
Translation: Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ ﴿23﴾ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ
Transliteration: Thumma adbara waistakbara
Translation: Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ يُؤۡثَرُ ﴿24﴾فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ يُؤۡثَرُ
Transliteration: Faqala in hatha illa sihrun yutharu
Translation: Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ ﴿25﴾إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ
Transliteration: In hatha illa qawlu albashari
Translation: "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ ﴿26﴾سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ
Transliteration: Saosleehi saqara
Translation: (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ ﴿27﴾وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ
Transliteration: Wama adraka ma saqaru
Translation: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ ﴿28﴾لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ
Transliteration: La tubqee wala tatharu
Translation: Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
لَوَّاحَةٞ لِّلۡبَشَرِ ﴿29﴾لَوَّاحَةٞ لِّلۡبَشَرِ
Transliteration: Lawwahatun lilbashari
Translation: Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ ﴿30﴾عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ
Transliteration: AAalayha tisAAata AAashara
Translation: Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةٗۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنٗا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ﴿31﴾وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةٗۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنٗا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ
Transliteration: Wama jaAAalna ashaba alnnari illa malaikatan wama jaAAalna AAiddatahum illa fitnatan lillatheena kafaroo liyastayqina allatheena ootoo alkitaba wayazdada allatheena amanoo eemanan wala yartaba allatheena ootoo alkitaba waalmuminoona waliyaqoola allatheena fee quloobihim maradun waalkafiroona matha arada Allahu bihatha mathalan kathalika yudillu Allahu man yashao wayahdee man yashao wama yaAAlamu junooda rabbika illa huwa wama hiya illa thikra lilbashari
Translation: Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ ﴿32﴾كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ
Transliteration: Kalla waalqamari
Translation: Sebenarnya! Demi bulan,
وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ ﴿33﴾وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ
Transliteration: Waallayli ith adbara
Translation: Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ ﴿34﴾وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ
Transliteration: Waalssubhi itha asfara
Translation: Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ ﴿35﴾إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ
Transliteration: Innaha laihda alkubari
Translation: Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
نَذِيرٗا لِّلۡبَشَرِ ﴿36﴾نَذِيرٗا لِّلۡبَشَرِ
Transliteration: Natheeran lilbashari
Translation: Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ ﴿37﴾لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ
Transliteration: Liman shaa minkum an yataqaddama aw yataakhkhara
Translation: (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ ﴿38﴾كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ
Transliteration: Kullu nafsin bima kasabat raheenatun
Translation: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ ﴿39﴾إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ
Transliteration: Illa ashaba alyameeni
Translation: Kecuali puak Kanan,
فِي جَنَّـٰتٖ يَتَسَآءَلُونَ ﴿40﴾فِي جَنَّـٰتٖ يَتَسَآءَلُونَ
Transliteration: Fee jannatin yatasaaloona
Translation: (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ﴿41﴾عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Transliteration: AAani almujrimeena
Translation: Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ ﴿42﴾مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ
Transliteration: Ma salakakum fee saqara
Translation: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ ﴿43﴾قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ
Transliteration: Qaloo lam naku mina almusalleena
Translation: Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ ﴿44﴾وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ
Transliteration: Walam naku nutAAimu almiskeena
Translation: "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ ﴿45﴾وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ
Transliteration: Wakunna nakhoodu maAAa alkhaideena
Translation: "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴿46﴾وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ
Transliteration: Wakunna nukaththibu biyawmi alddeeni
Translation: "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ ﴿47﴾حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ
Transliteration: Hatta atana alyaqeenu
Translation: "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ ﴿48﴾فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ
Transliteration: Fama tanfaAAuhum shafaAAatu alshshafiAAeena
Translation: Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ ﴿49﴾فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
Transliteration: Fama lahum AAani alttathkirati muAArideena
Translation: (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ ﴿50﴾كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ
Transliteration: Kaannahum humurun mustanfiratun
Translation: Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ ﴿51﴾فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Transliteration: Farrat min qaswaratin
Translation: Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ ﴿52﴾بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ
Transliteration: Bal yureedu kullu imriin minhum an yuta suhufan munashsharatan
Translation: (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ ﴿53﴾كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Transliteration: Kalla bal la yakhafoona alakhirata
Translation: Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ ﴿54﴾كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ
Transliteration: Kalla innahu tathkiratun
Translation: Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ﴿55﴾فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Transliteration: Faman shaa thakarahu
Translation: Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ ﴿56﴾وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Transliteration: Wama yathkuroona illa an yashaa Allahu huwa ahlu alttaqwa waahlu almaghfirati
Translation: Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Transliteration source: English Transliteration by Tanzil. Used under Tanzil's non-commercial terms; see the source and latest updates at Tanzil. Tanzil translation download